Ngaji Virtual Bersama Kepala Madrasah | 21 Ramadhan 1442 H

أكرمك كرامات ثلاثاً ، جعلك ذاكراً له ولولا فضله لم تكن أهلاً لجريان ذكره عليك ، وجعلك مذكوراً به إذ حقق نسبته لديك وجعلك مذكوراً عنده فتمم نعمته عليك

Si hamba yang berzikrullah (mengingati Allah) meraih tiga kejayaan besar. Pertama anda terpilih dan diberi taufik untuk mengingati-Nya. Jika bukan kerana kurnia Allah pasti lidah anda tidak layak mengingati dan menyebut nama Allah. Kedua, anda akan diingat oleh Allah, yakni anda menjadi hamba yang dekat kepada-Nya. Dan ketiga anda menjadi buah mulut dalam kalangan malaikat yang berada di sisi Allah.

Lantas dengan tiga perkara ini kita akan meraih nikmat Allah yang maksimum.

Kesimpulannya ;

(1). Kita diberi keupayaan berzikir.

Hanyalah Allah menjadikan dan memberi kita kupayaan berzikir. Allah memilih kita untuk mengingati-Nya. Tanpa taufik Allah kita boleh jadi hanyut dalam kelalaian.

(2). Kita menjadi mukmin yang diingat dan dijaga Allah.

Orang yang mengingati Allah akan mendapatkan penjagaan dan perlindungan-Nya. Jika si hamba berada dalam penjagaan Si Maha pengampun, pasti dia akan mendapat curahan keampunan-Nya. Jika sihamba dilindungi Si Yang Maha Kuat, maka akan merasa kuat walaupun secara fisik lemah dan uzur, namun akan menikmati rasa kaya dan redha, jika didampingi oleh Si Yang Maha Kaya. Demikianlah seterusnya.

(3). Kita selalu diingat dan disebut (manjadi buah mulut) di sisi Allah dan dalam kalangan malaikat muqarrabin.

Bila kita sudah disebut-sebut dan menjadi buah mulut dalam kalangan muqarrabin, maka kita akan dicintai mereka, mereka akan mendoakan kita. Mereka akan memohon keampunan dosa bagi diri kita. Meraka akan tetap mengingat kita dalam segala keadaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *